hati nan terluka..sentiasa tercari2..apakah sebenarnya yang tersirat..apakah itu telah tersurat.....
Ombak Rindu adalah novel pertama yang aku beli dan baca sejak mula mencintai dunia novel... tapi aku bukanlah peminat fanatik novel. Aku memilih hanya novel tertentu sahaja dan yang mampu menarik hati aku.
Aku sangat sukakan jalan cerita novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari ini tapi tak sangka ada yg berminat membawanya ke layar perak...
Tapi apa yang lagi best adalah Aaron Aziz akan memegang watak utama dalam filem tersebut yg turut menggunakan tajuk yang sama, Ombak Rindu. wah....i like!!
Ombak Rindu mengisahkan tentang tiga watak utamanya iaitu Hariz, Izzah dan Mila Amylia...
Hariz (seperti yg digambarkan dalam novel tersebut) adalah seorang lelaki tampan berbadan sasa tetapi panas baran. Wah...dah kena sangat dengan Aaron kan...hehe..part tampan dan sasa tulah..Watak Hariz dalam novel ni suka menengking dan memukul isterinya...aku dah bayangkan time Aaron jadi gangster dalam filem Evolusi KL Drift..hahaha...
Watak Izzah pula digambarkan seorang wanita yg lemah lembut, cantik, penyabar dan juga seorang isteri yg sangat taat.... Pada aku, penerbit filem ini telah membuat pilihan tepat apabila memilih Maya Karin sebagai Izzah.. sesuai gitu....
Dan watak Mila Amylia(Lisa Surihani) adalah seorang model dan pelakon terkenal dan merupakan isteri kedua Hariz...
Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?... so sila ar tggu eq ...di pawagan anda ..hahahaha :)
ombak yang bergelora kian menghilang
rindu yang terlerai tampak indah
bila..........
tabir cinta hafiz tersingkap
semarak cinta izzah terbela
lalu...............
hariz dan izzah melakar bahagia....
sekian....... muhammad nizam :)




